Tuesday, October 26, 2010

BERKHEMAH DI LATA LA


Rakan-rakan Ham Kuala Terengganu telah mengadakan aktiviti perkhemahan pada 23hb dan 24h Oktober 2010 bertempat di Lata La atau di kenali juga dengan La Hot Spring.  Sambutan yang dberikan oleh rakan-rakan adalah amat menggalakkan, walau pun masing-masing agak sibuk dengan urusan harian.  Alhamdulillah, kita memanjangkan syukur kepada Allah di atas rahmat dan dengan izinnya, rakan-rakan dapat berkumpul,bagi mempereratkan ukhwah di antara satu sama lain.  Perkhemahan kali ini disertai oleh 9W2PBB serta keluarga, 9W2TDM dan keluarga, 9W2YAY dan keluarga, 9W2KCG dan keluarga, CSD dan keluarga seta 9W2SIK dan keluarga.  Terdapat juga rakan-rakan SWL yang turut serta dalam aktiviti berkhemah kali ini.

 
Apa hal pula dengan rakan kita ini....CSD, Che Sdi, sedang bersiap sedia untuk membuka langkah nampaknya.  Tak kan depan orang perempuan pun nak tunjuk hebat kot......  he.... he.....he.....Sementara itu XYL krpada 9W2YAY bersiap untuk memasak dan XYL kepada Che Sdi sedang melayan kerenah anak-anak beliau.

Eh.. apa pula yang sedang dilakukan oleh 9W2TDM, Che Din, sementara diperhatikan oleh 9W2YAY, Pak Nuar, sampai tak jadi hendak suap nasi.  Kalau ia pun Che Din, makan durian, pelawalah pada rakan-rakan.  Tak kan makan sorang aje.  Kesian Si Zainal, sambil alih padangan ke lain.
Ha... ini baru betul, Big Boss, 9W2PBB sedang mengikat pinggang untuk membuka langkah sambil memerhati telatah anak-anak buah.  Cik Gu katakan, mestilah lain dari yang lain.
 
Ini adalah kdedudukan khemah-khemah, bersebelahan dengan surau dan Pejabat Pentadbiran.  Kedudukan yang agak sesuai dan menyenangkan bagi kita semua.  Di antara tujuan perkhemahan pada kali ini adalah untuk mempertemukan para XYL, supaya mereka dapat berkenalan di antara satu sama lain.  Dalam erti kata lain, perkhemahan ini adalah merupakan perhimpunan keluarga.
Ini 9W2SIK @ Tok Wan.  Janggut pun dah putih.... eloklah di panggil Tok Wan, sesuailah tu.......

Ini pula XYL Tok Wan, sedang bermain-main dengan anak kecil 9W2TDM, tak teringat pula nak tanya rakan kita ni, nama harmonic kecil beliau.



Dalam suasana yang bagini kanak-kanaklah yang paling gembira.  Setelah bertungkus lumus memerah otak di sekolah, pada hujung minggu dapat berehat.  XYL Cik Gu Jaafar dan XYL Che Sedi yang melayan kerenak anak kecil mereka.

Rakan-rakan berehat sambil bercerita dan bergurau senda, terpancar di wajah masing-masing akan keriangan dan kegirangan setiap ahli keluarga bila berkumpul bagini.  Sambil bergurau senda dapat juga berkongsi ilmu serta bertukar pendapat.

Ini adalah Mejar Azahari, pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.  Siapa sangka perkhemahan kali ini rakan-rakan HAM yang turut serta mendapat rakan baru, walau pun beliau bukanlah seorang rakan HAM.

Rombongan kami bertolak pulang pada jam 4.00 petang pada hari Sabtu, setelah satu hari dan satu malam berada di La Hot Spring.  Setiap seorang memperolehi sesuatu untuk dibawa pulang, ianya akan menjadi sebuah kenangan. 

Sunday, October 10, 2010

PEPERIKSAAN R.A.E. SIRI KE 4 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur siri yang ke 4 bagi tahun 2010, pada tarikh dan waktu seperti berikut:
          

Tarikh/ Masa Peperiksaan : 22 Dis. 2010/ Jam: 2.00 petang.
Tempat Peperiksaan          : Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Serawak.
Tarikh Permohonan Dibuka : 11 Okt. 2010
Tarikh Permohonan Ditutup : 29 Okt. 2010/ Jam : 5.00 petang


sila klip di sini untuk download borang RAE 


Sekian untuk makluman rakan-rakan semua.

EYEBALL - RAKAN HAM KUALA TERENGGANU

Pada 24 hb.Ogos baru-baru ini di adakan eyeball disebuah retoran di Kuala Terengganu sambil meraikan rakan HAM dari Kuala Lumpur.  Beliau asalnya orang Terenganu juga.Di antara rakan yang turut hadir  di majlis eyaball tersebut terdiri dari 9M2VOT, 9M2MSL, 9W2WSY (Timb. Peresiden PEMANCAR), 9W2KTB, 9W2KCG, 9W2MWI, 9W2HHA, WTR , 9W2BAL, 9W2FSI dan 9W2SIK.
Kelihatan 9M2 MSL dan 9M2VOT bagitu khusuk sekali mendengar celoteh rakan-rakan.  Tersenyum saja 9M2MSL nampaknya sambil mengaru perut. Lapar ke..... dah kenyang?
Apa pula yang dibuat oleh 9W2SIK@Tok Wan  sambil di perhatikan oleh 9W2WSY. Apa hal pula dengan rakan kita ni, 9W2KTB, Cik Gu Fadli.  Teringat .... apa yang hendak diajar  kepada anak-anak didik ke?
Yang berbaju hitam dan bertopi itulah rakan dari Kuala Lumpur.  Kacak orangnya.
Banyak perkara yang diperbincangkan, kebanyakannya isiu yang berkaitan dengan radio.  Inilah masanya kita menambah ilmu, melalui perbincangan di antara rakan-rakan.  Round table pun jarang dapat di adakan memandangkan rakan-rakan agak QRL dengan urusan saltmine masing-masing.  Majlis bersurai kira-kira jam 1.00 pagi.

Wednesday, October 6, 2010

MEGA EYEBALL COLEK 1 MALAYSIA - KELAB PUTRA PASIR PUTEH

Sekalung terima kasih di utarakan kepada AJK serta ahli-ahli Kelab Putra di atas udangan ke majlis Mega Eyeball Colek dari kami, keluarga HAM Kuala Terengganu.  Rakan-rakan HAM Kuala Terengganu yang turut memeriahkan majlis tersebut terdiri dari 9W2 KCG dan XYL, 9W2 FSI, AJQ dan keluarga serta 9W2 SIK dan XYL.
9W2 SIK  wakil rakan HAM Kuala Terengganu menyampaikan ucapan terima kasih di atas jemputan tersebut.
Ini sebahagian gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis eyeball tersebut.  Entah apa yang diperhatikan oleh Adik Lah ni....... tak siapa tahu.
Nampaknya AJQ dan 9W2 OKT dah tempah tiket first class, duduk kat depan sekali.

Ini pasti berita panas..... kalau tidak, takkan rakan-rakan dari Zon Hulu Terengganu bagitu gembira sekali.

Hai..... ada perkara penting yang di perbincangkan di antara Pengurus ASTRA Kelantan, 9W2DTS, dengan 9W2 SIK@ Tok Wan.  Kelihatan Tok Wan mendengar dengan bagitu teliti sekali..... sampai tak jadi hendak masukkan tembakau ke dalam paip.

9W2 KCG @ Kacang dan XYL tersenyum sahaja.... ada apa-apa ke ?
Ramai rakan-rakan dari kawasan lain berada di majlis tersebut.  Peluang ini telah diambil sebaik mungkin untuk mempereratkan lagi tali siratul rahim di antara rakan-rakan HAM.

Kami, rakan-rakan Ham Kuala Terengganu, merakamkan berbanyak terima kasih kepada seluruh AJK dan ahli-ahli Kelab Putra di atas undangan ke majlis eyeball tersebut.  Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.

TAKZIAH KEPADA 9W2 PUZ DAN KELUARGA

Keluarga HAM V38 Kuala Terengganu merakamkan takziah buat 9W2 PUZ di atas kembalinya kakak ipar beliau ke Rahmatullah pada hari Jumaat lepas.  Semoga roh kakak ipar dicucuri rahmat dan diterima disisi Allah hendaknya.  Harapan kami, beliau seisi keluarga menerima dengan hati yang tabah dan bersabar dalam menghadapi sebarang  musibah.  Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti menemui kematian.
Assalammualaikum w.b.t & Salam sejahtera.
V38 mengalu-alukan semua rakan ham yang berkesudian dan berkelapangan untuk melawat laman ini tidak kira dari mana-mana pertubuhan atau kelab. Dengan adanya laman ini, diharap dapat menjadi satu lagi medium bagi merapatkan hubungan antara kita sebagai Ham Radio atau Pengendali Stesen Radio Amatur yang memiliki satu hobi yang sama dan unik. sebarang cadangan atau komen boleh di-emalkan kepada v38terengganu@gmail.com

TERIMA KASIH
thank you



.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010
Semoga Usia Kita Diberkati olehNya
Terima Kasih kepada semua penyumbang blog