Sunday, February 20, 2011

Mencari Dan Menyelamat

Manusia mempunyai berbagai-bagai kegemaran atau hoby dan ini adalah merupakan fitrah.  Kegemaran atau hobi secara fitrahnya telah menjadi satu wadah dalam menrialisasikan konsep "hablun minanas". Dek kerana kegemaran yang sama, ia itu meminati radio amator, rakan-rakan telah di pertemukan dan sekaligus terjalinlah satu ikatan persahabatan.  Itulah V38, rakan-rakan radio amator yang menggunakan simplex ini sebagai media perhubungan.

Pada tanggal 2 Januari 2011, rakan-rakan Ham dari V38, telah menyertai satu aktiviti kemasyarakatan yang bertempat di Seberang Pitasan, Dungun, Terengganu.  Aktiviti tersebut adalah merupakan aktiviti mencari dan menyelamat, yang telah dikendalikan oleh pihak berwajib tempatan, ia itu IPD Dungun.  Aktiviti ini disertai oleh pihak BOMBA dan JPAM 3.
Ketibaan rombongan kami telah disambut oleh pegawai bertugas, Sdr. Mawi(9W2MWI), yang secara kebetulan juga adalah salah seorang rakan Ham.  Kami melapurkan diri kepada beliau.  Kami telah diberi taklimat mengenai insiden tersebut, seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 4 tahun, telah hilang, dihanyut arus deras semasa bermain-main bersama rakan-rakan di sebuah tali air di kampung tersebut.

 Tali air - tempat kejadian

 Semasa kami tiba air sudah pun surut.  Semasa kejadian, robongan kami telah diberi tahu, bahawa air telah melimpah melepasi tebing.  Keadaan arus ketika kejadian adalah laju.

 Mak Wan(9W2JIK) meneliti kawasan kejadian

9W2KCG, CSD dan CZV
entah apa yang dilihat tu ?
asyik nak tengok je.... tak jadi...kena cari baru jumpa
Ini pula Tuan Helmi(WTR)
sedang berkomunikasi dengan rakan
Pak Nuar(9W2YAY)
sedang berbual-bual dengan pegawai bertugas
kelihatan anggota BOMBA, TENTERA dan JPAM 3... keletihan



Rakan-rakan dari anggota TENTERA
berehat... keletihan setelah penat mencari
Orang kampung yang turut serta



Rakan-rakan Ham V38 telah bersiap untuk memulakan tugas.
Penerangan terakhir di beri oleh Pegawai Operasi 9W2MWI
dari Jabatan BOMBA
Tok Wan(9W2SIK) dan Faisal(9W2KCG) menyusur tali air

Hai...apa yang sedang dibualkan tu.....?

Ada yang nampak dah letih tu......!
Berkerut aje muka si Fisal...he...he, letih ke..?

Apa dah jadi dengan rakan yang seorang ni...
Kesian...kena tinggal ke?
Nampak macam nak gadoh aje.....!
Jangan marah....nanti kena jual...kah...kah...kah

Tali air ini menuju ke laut

Tak nak berkawan dengan orang lain ke ?
Asyik dua beradik aje ni......!

Setelah puas mencari sepanjang tali air tersebut hinggalah kemuara, semuanya merasa kecewa. Yang dicari tidak ditemui.  Keletihan mula terasa.  Jarak di antara lokasi kejadian ke muara, leih kurang 2.5 km.  Kami mula bertolak pulang ke kem dilokasi kejadian, setelah berehat sebentar untuk melepaskan lelah.

Melalui handy yang kami bawa bersama, kami menerima maklumat bahawa rakan-rakan dari Kemaman, yang diketuai oleh 9W2PML akan turut serta. Tiba-tiba kami dihubungi oleh 9M2MSL yang juga turut serta dalam "search and rescue" ini.

 9M2MSL yang baru saja tiba


Sebahagian daripada anggota BOMBA yang bersama-sama
rakan-rakan Ham V38 yang ditugaskan
menyusur tali air.


  
Orang kampung dan anggota JPAM 3

Setibanya kami di kem, kami dapati ramai orang kampung yang turut serta dakam aktiviti mencari dan menyelamat ini.  Kami berehat sebentar untuk melepaskan penat dan lelah.  Masing-masing hanya mendiamkan diri, maklum sajalah, hasilnya amat mengecewakan.  Kami bersiap untuk pulang.  Jam menunjukkan sudah 6.00 petang.  Sebelum berlepas pulang kami sempat bersalaman dengan 9W2PML dari Kemaman.

9W2PML

WTR, 9W2PML dan 9M2MSL   
Semasa dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di Rantau Abang untuk membasah tekak serta mengalaskan perut.  Masing-masing keletihan.






Pihak Rakan-rakan Ham mengutarakan sekalung terima kasih buat 9W2WSY, Sdr. Wan Syukri, selaku Naib President PEMANCAR yang telah mengaturkan mesi buat kali ini.  Sebuah program yang amat baik, yang bertujuan untuk mendekatkan kelurga Ham dengan masyarakat dan Jabatan Kerajaan.  Bak kata orang-orang tua:
Pisang sesikat, gulai sebelanga
Tanda muafakat, kerja bersama
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama di cecah
Yang ringan sama dijinjing
Yang berat sama dipikul
Terima kasih juga buat Rakan-rakan Ham V38 yang telah turut serta dalam membantu ahli masyarat yang dalam keadaan memerlukan.  Rakan-rakan Ham V38 yang turut serta pada kali ini ialah 9W2YAY, 9W2SIK, 9W2JIK(isteri Tok Wan), 9W2KCG & isteri, WTR, CSD dan CZV.
 

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum w.b.t & Salam sejahtera.
V38 mengalu-alukan semua rakan ham yang berkesudian dan berkelapangan untuk melawat laman ini tidak kira dari mana-mana pertubuhan atau kelab. Dengan adanya laman ini, diharap dapat menjadi satu lagi medium bagi merapatkan hubungan antara kita sebagai Ham Radio atau Pengendali Stesen Radio Amatur yang memiliki satu hobi yang sama dan unik. sebarang cadangan atau komen boleh di-emalkan kepada v38terengganu@gmail.com

TERIMA KASIH
thank you



.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010
Semoga Usia Kita Diberkati olehNya
Terima Kasih kepada semua penyumbang blog