Sekalung terima kasih di utarakan kepada AJK serta ahli-ahli Kelab Putra di atas udangan ke majlis Mega Eyeball Colek dari kami, keluarga HAM Kuala Terengganu. Rakan-rakan HAM Kuala Terengganu yang turut memeriahkan majlis tersebut terdiri dari 9W2 KCG dan XYL, 9W2 FSI, AJQ dan keluarga serta 9W2 SIK dan XYL.
9W2 SIK wakil rakan HAM Kuala Terengganu menyampaikan ucapan terima kasih di atas jemputan tersebut.
Ini sebahagian gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis eyeball tersebut. Entah apa yang diperhatikan oleh Adik Lah ni....... tak siapa tahu.
Nampaknya AJQ dan 9W2 OKT dah tempah tiket first class, duduk kat depan sekali.
Ini pasti berita panas..... kalau tidak, takkan rakan-rakan dari Zon Hulu Terengganu bagitu gembira sekali.
Hai..... ada perkara penting yang di perbincangkan di antara Pengurus ASTRA Kelantan, 9W2DTS, dengan 9W2 SIK@ Tok Wan. Kelihatan Tok Wan mendengar dengan bagitu teliti sekali..... sampai tak jadi hendak masukkan tembakau ke dalam paip.
9W2 KCG @ Kacang dan XYL tersenyum sahaja.... ada apa-apa ke ?
Ramai rakan-rakan dari kawasan lain berada di majlis tersebut. Peluang ini telah diambil sebaik mungkin untuk mempereratkan lagi tali siratul rahim di antara rakan-rakan HAM.
Kami, rakan-rakan Ham Kuala Terengganu, merakamkan berbanyak terima kasih kepada seluruh AJK dan ahli-ahli Kelab Putra di atas undangan ke majlis eyeball tersebut. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.
No comments:
Post a Comment