Monday, December 27, 2010

RAE 22 Disember 2010

RAE ke 4 untuk kawasan Pantai Timur bagi tahun 2010 di adakan pada 22 Disember baru-baru ini, bertempat di Universiti Malaysia Terengganu.  Ramailah rakan-rakan dari luar Negeri Terengganu berada di Kuala Terengganu, sama ada SWL yang akan menduduki peperiksaan mahu pun rakan-rakan yang telah mempunyai AA, datang untuk memeberi sokongan moral. Kesempatan ini di ambil untuk bersalaman dengan rakan-rakan yang telah lama tidak bertemu atau sudah pun mengenali diudara tapi belum bertemu muka di daratan.

Gambar kenangan sekitar RAE ke 4 pada 22 Disember 2010.

 
Berbaju merah 9W2DJM


9W2DMM - Presiden Kelab HRC Dungun
bersama XYL 9W2JMM


Rakan-rakan dari HRC

Keluarga juga turut memberi sokongan dan galakkan


Rakan ASTRA Kelantan dan AKRAB

   
9W2DAE dari Besut


Rakan-rakan sedang melihat pameran radio


Bertemu dan bertanya khabar

 
9W2BBM bersama rakan-rakan



Rakan-rakan V38 Kuala Terengganu


PEMANCAR Hulu Terengganu

 

Rakan-rakan V38 Kuala Terengganu.

Kami, rakan HAM V38 Kuala Terengganu  mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan dari luar dan semoga berjaya bagi rakan-rakan yang menduduki RAE.

Sampai ketemu lagi di RAE taun depan.

Saturday, December 25, 2010

Kelas RAE Dikendalikan oleh 9W2JIK

Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.  Ini adalah salah satu daripada perumpamaan kita yang hampir dilupakan.  Perumpamaan adalah rupakan khazanah yang berharga bagi sesuatu bangsa, kerana ia memcerminkan budaya bangsa tersebut.

Perumpamaan ini adalah untuk menggambarkan rakan-rakan SWL dari V38 yang telah bertungkus lumus berusaha dan membuat persiapan untuk menduduki RAE pada 22 Disember 2010 nanti.  Semoga usaha mereka ini diberkati Allah hendaknya.

Kelas RAE ini dikendalikan oleh 9W2JIK, XYL kepada 9W2SIK, bertempat di kediaman beliau.

 


 9W2JIK membantu rakan-rakan

Inilah sebahagian dari aktiviti rakan-rakan dari V38.  Semua aktiviti adalah bertujuan untuk memupuk dan mempertingkatkan  ukhuwwah di kalangan ahli.  Harapan kita, semoga segala aktiviti yang dijalankan diberkati dan diterima sebagai ibadah.

Wednesday, December 22, 2010

SELAMAT BEJUANG ~KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA~

Kami dari warga v38 terengganu mengucapkan selamat datang ke Kuala Terengganu dan selamat menduduki peperiksaan RAE pada semua warga Ham yang bakal menjalani peperiksaan pada 22.12.2010 yang mana bertempat di Dewan Universiti Malaysia Terengganu.

 Kami mendoakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda semua...

Saturday, December 11, 2010

Group 4 x 4 V38 Beraksi

Pacuan 4 roda  adalah merupakan satu aktiviti lasak yang sangat digemari dewasa ini.  Mereka yang meminati aktiviti 4 x 4 ini datang dari segenap lapisan masyarakat.  Tidak kira yang tua atau muda, lelaki atau perempuan dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.  Semuanya berminat......bagi yang berminat.  

Rakan Ham dari Simplex V38 juga tidak ketinggalan.  Terdapat satu group yang menceburi aktiviti lasak ini.  Mereka sering mengadakan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran mengendalikan kederaan mereka sebagai persiapan untuk menyertai event-event di peringkat kelab, kebangsaan dan dunia.  Harap-harap ini dapat dicapai, Insya Allah.


Ini dia rakan-rakan dari V38 Kuala Terengganu
BHA, 9W2KYA, WTR, 9W2FSI, 9W2KCG
9W2YAY  tidak dalam gambar.


9W2KCG - Sdr. Faisal
Seronok nampak....kalau iapun,
beringat-ingatlah selalu


Apa dah jadi ....?
Kan...... dah tersangkut....he.....he....!
Tersengeh saja BHA ini, ada apa-apa ke/
Ikat kuat-kuat, nanti tak naik pila kereta KCG ni.


Apa hal dengan Si Firman (9W2FSI) ni....?
Pandai ke awak tu....
Baguslah tu....... semangat setia kawan.


9W2TDM beraksi
Tengok la kat depan....he.....he..!
Yang menoleh ke kanan tu apa hal
Nanti...... jatuh dalam lobang kat depan tu.

  
Ini pula lagi top
Tok Penghulu, Tok Batin, Tok Nek Ban.
Itulah gelaran beliau
9W2YAY
Orang yang penuh dengan mistri
Tengoklah fotonya susah nak dapat.



Rakan-rakan sedang berbincang perkembangan
latihan pada hari ini.
Keletihan......tapi menyeronokkan


Itu sahaja yang sempat kami rakamkan buat tatapan rakan-rakan.  Sessi latihan yang telah di adakan baru-baru ini.  Ia adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan prestasi ahli-ahli.    

Wednesday, December 8, 2010

Majlis Aqiqah Di Kediaman 9W2PUZ

Rakan-rakan dari V38 Kuala Terengganu telah berkonvoi ke rumah 9W2PUZ pada 5 Disember 2010  bagi memenuhi jumputan daripada beliau.  Rakan-rakan yang terut serta dalam konvoi tersebut terdiri daripada 9W2KCG & isteri, 9W2SIK & isteri(9W2JIK), 9W2SEM, 9W2KTB, 9W2YAY & anak-anak, WTR & keluarga, 9W2TFK dan BHA & keluarga.   Bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 2.30 petang menuju ke Kampung Rahmat.  Rombongan kami sampai di rumah 9W2PUZ, Pak Fauzi, lebih kurang pada jam 3.30 petang.  Kami telah disambut  oleh Pak Fauzi dengan penuh kemesraan.


Pak Fauzi ketawa riang sambil melayan kami.
Faizal ...sampai tak toleh kiri dan kanan kalau dapat makan free.


9W2SEM, 9W2KTB dan 9W2KCG sedang menghadapi hidangan.



Rakan-rakan sedang menghadapi hidangan.


Bapa mithali - BHA sedang menyuap anaknya.


Ini pula 9W2JIK(isteri Tok Wan) dan isteri Pak Baha


Tuan Helmi yang telah siap makan.
Bebual dengan rakan-rakan.

   
Tuan Taufik, Si Raja Makan, rakan-rakan dah selesai tapi dia still eating.
 Tu...la... dah mula urut dada.
Pak Baha ni pun buat tak tahu aja
Kesian Tuan Taufik tu... kasilah air.

 
Mak Wan dan isteri Pak Baha  berbual-bual dengan isteri Pak Fauzi

  
Isteri Tuan Helmi sedang mendukung anak

Kami semua bertolak balik ke Kuala Terengan kira-kira jam 4.30petang.
Kami, rakan-rakan Ham Kuala Terengganu
merakamkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada 9W2PUZ sekeluarga.
Sampai ketemu lagi, Insya Allah.
   

Sunday, December 5, 2010

Menghadiri Majlis Walimatulurus Di Rumah 9W2KQR


Rakan-rakan Ham V38 Kuala Terengganu telah menerima undangan ke majlis walimatulurus di rumah 9W2KQR.  Di antara rakan yang sempat meluangkan masa memenuhi jemputan tersebut terdiri dari 9W2YAY, 9W2SIK, 9W2TFK dan rakan-rakan SWL.  Rakan-rakan Ham V38 Kuala Terengganu mengutarakan sekalung terima kasih di atas undangan tersebut.  Majlis tersebut adalah majlis perkahwinan adinda kepada 9W2KQr, Pak Khairul, bertempat di Sungai Tong.


Inilah rakan-rakan yang berada di majlis 9W2KQR.
Semua ni kaki makan.

 
9W2RIQ bersama ahli keluarga.
Pertama kali bersalaman di daratan.


Bertanya khabar selepas makan.
Semuanya  bagitu mesra, maklum sajalah jarang bersua.
Bila dah berjumpa......
Pasti ada yang kena kutuk....he....he
Biasalah tu.

Sahabat handai 9W2KQR yang menghadiri majlis di sebelah petang.
Kami pun serupa jua.
Masa untuk pulang sudah tiba.
Kami dibekalkan dengan lauk sebagai buah tangan.
Ini yang best.  Terima kasih. 

Akhir kata
Kami, rakan Ham V38 Kuala Terangganu, 
mengutarakan
jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga 9W2KQR.
Salah dan silap, harap dimaafkan.
Jumpa lagi. Insya Allah.

Wednesday, December 1, 2010

Tahniah Buat 9W2APJ Sekeluarga

Kami rakan-rakan Ham V38 Kuala Terengganu mengutarakan
 sekalung tahniah
buat anda sekeluarga diatas kehadiran ahli baru.
 Selamat menyambut 
cahaya mata yang pertama.
Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki
dan dirahmati Allah . 
Assalammualaikum w.b.t & Salam sejahtera.
V38 mengalu-alukan semua rakan ham yang berkesudian dan berkelapangan untuk melawat laman ini tidak kira dari mana-mana pertubuhan atau kelab. Dengan adanya laman ini, diharap dapat menjadi satu lagi medium bagi merapatkan hubungan antara kita sebagai Ham Radio atau Pengendali Stesen Radio Amatur yang memiliki satu hobi yang sama dan unik. sebarang cadangan atau komen boleh di-emalkan kepada v38terengganu@gmail.com

TERIMA KASIH
thank you



.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010
Semoga Usia Kita Diberkati olehNya
Terima Kasih kepada semua penyumbang blog