Sunday, November 29, 2009

TAHNIAH kepada 9W2WLA 

Selamat Pengantin Baru 


Semoga Jodoh Berpanjangan dan Berbahagia selalu hendaknya....
ikhlas dari kami di V38.

Saturday, November 28, 2009

Ziarah Raya Rakan2 Ham Dungun


Eyeball Base Station 9W2SIK. Bertarikh 27 November 2009, merai kunjungan rakan-rakan daripada lokalan Dungun (9W2TQA, 9W2ERZ, 9W2FQL). Antara rakan rakan Tuan Rumah yang hadir adalah 9W2SIK, 9W2 KCG, 9W2FSI, 9W2UMS, 9W2HHA, 9W2TDM dan SWL AJQ. Banyak perkara yang sempat dibincangkan dan dikongsi bersama disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan-rakan Terengganu.
Terima Kasih atas kunjungan rakan lokalan Dungun yang sanggup meluangkan masa bersama sempena Aidil Adha 1430H dan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.

Friday, November 27, 2009

EyeBall Aidil Adha 1430H / 2009

Majlis eyeball Aidiladha pada 26 November 2009 bertempat di Telanai Seafood, Padang Midin, Kuala Terengganu.
 


Rakan-rakan Ham Kuala Terengganu sempat ber-eyeball bersama-sama rakan yang pulang dari perantauan bagi menyambut Aidiladha. Antara stesen yang hadir; 9M2DAN, 9M2MSL, 9W2SIK, 9W2FSI, 9W2KCG, 9W2VEB, 9W2TVI, 9W2TDM, 9W2KAU, 9W2KTR, 9W2OKT
serta rakan SWL (AJQ & WTR).

Saturday, November 14, 2009

TAHNIAH buat anda!

9M2OUT (NOR HANIZAR NAHAR)
bersama kakitangan MCMC dari penang.
----------------------------------------------------------------------

 TAHNIAH 9M2OUT (Kak Oja) yang telah lulus CW yang diadakan pada Oktober 2009.
9M2OUT adalah XYL kepada 9M2GET (Abg Hairi) dan beliau adalah pasangan guru yang pertama mendapat gelaran 9M2. Beliau berasal dari lokalan Kuala Terengganu dan kini bertugas dan menetap di Perlis atas urusan sebagai warga pendidik. Kak Oja juga berkongsi kejayaan bersama satu lagi stesen future 9M dari Terengganu 9W2MSL, Handle; Sukri (callsign baru x pasti lg). So, bertambahlah lagi 9M di terengganu dan diharap dengan kejayaan beliau ini, dapat menjadi inspirasi kepada rakan2 lain bagi memastikan 9M takkan hilang di bumi Malaysia tercinta.  
V38 mengucapkan TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA. yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. TINGKATKAN USAHA & SEMOGA BERJAYA. 73 de 9w2fsi.

Thursday, November 12, 2009

Misi Amal dari 9W2KCG



Misi Amal ke perkampungan orang asli Sungai Berua, Kuala Berang diketua 9W2KCG (faizal a.k.a Kacang) sebagai penaja bersama 9W2SIK (tok wan) dan 9W2FSI (fhyrman) pada 11 November 2009. Bertolak pada jam 5 petang dan selamat sampai semula ke lokalan pada jam 8 malam. 
--------------------------------------------------------------------------
Meredah hutan dan bukit bukau sebelum dapat menyelesaikan misi sepenuhnya.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat memberangsangkan.
Rakan2 V38 lokalan Kuala Terengganu bergambar dengan penduduk kampung bersama Tok Batin.
Kehidupan kanak-kanak serta penduduk kampung Orang Asli
Merenung masa depan.
9W2FSI bermobile dengan perisai beliau bersama 9W2SIK dalam menyelesaikan misi 9W2KCG
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, November 7, 2009

merai rakan dari Temerloh

Kunjungan muhibah dari rakan ham Temerloh 9W2BMD (abg mie) bersama XYL beliau 9W2SIA (kak samsiah) ke lokalan Kuala Terengganu pada 7 November 2009. Turut merai kunjungan beliau suami isteri, 9W2SIK (tok wan) bersama 9W2WSY (abg wan).
Assalammualaikum w.b.t & Salam sejahtera.
V38 mengalu-alukan semua rakan ham yang berkesudian dan berkelapangan untuk melawat laman ini tidak kira dari mana-mana pertubuhan atau kelab. Dengan adanya laman ini, diharap dapat menjadi satu lagi medium bagi merapatkan hubungan antara kita sebagai Ham Radio atau Pengendali Stesen Radio Amatur yang memiliki satu hobi yang sama dan unik. sebarang cadangan atau komen boleh di-emalkan kepada v38terengganu@gmail.com

TERIMA KASIH
thank you



.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010
Semoga Usia Kita Diberkati olehNya
Terima Kasih kepada semua penyumbang blog